OGOS 2021

Abg Jo Rasmi Hari Bandaraya Kuching Ke 33


KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan Hari Bandaraya Kuching ke 33 bertempat di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching pagi ini tadi. 

Ketika berucap di majlis perasmian berkenaan, Ketua Menteri menggariskan tiga (3) perkara asas penting dalam menjadikan Kuching sebagai bandaraya pintar (Smart City) iaitu : 

1. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada rakyat seperti menggunakan perkhidmatan "Devices" dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. 

2. Kemampanan (Sustainability) - mengekalkan kehijauan seperti mewujudkan  suasana kehijauan, kawasan-kawasan riadah, menanam pokok-pokok  dan sebagainya. 

3. Pembangunan perumahan yang terancang dan tersusun perlu dilakukan ke arah mewujudkan suasana yang menarik. 

Hadir sama di majlis pelancaran Hari Bandaraya Kuching adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Dato Sri Sim Kui Hian, Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal DBKU, YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Haji Junaidi Haji Reduan, dan Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng.

Sumber dari : Sarawakku